Sunday, 29 May 2011

CERITA TERTANGGUH

Hai blogg, sebenarnyakan, banyak yang aku nak bagitahu. Tapi tak tau nak mula yang mana. Apa-apa pun aku nak bagitau yang Hari Sukan tahun ni (24/5 - 26/5) merupakan Hari Sukan yang paling best walaupun Hari Sukan kali ni merupakan kejatuhan bagi rumah URANUS. Aku rasa kejatuhan kali ni merupakan kejatuhan yang bermaruah kerana aku sendiri dapat melihat kesungguhan para ahli rumah URANUS terutamanya Form 5. Walaupun aku tidak menderma sebarang medal tapi aku puas hati dengan usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan. Seronok juga bila diingat kembali waktu latihan kawad. Hhmmm.... Memang dapat mengeratkan silaturrahim. Aku yang tak pernah cakap dengan Form 5 boy pun jadi selamba ja melawak. Tapi best ar sebab semua sporting. Aku tak kesah walaupun UR kalah tahun ni, yang penting kami semua bersatu dan tak ada pergaduhan.
Walaupun aku agak sedih bila nampak muka KR ( Mohammad Firdaus bin Che Roslee ) yang kecewa tu, tapi dia dah banyak berusaha cuma nasib ja yang tak menyebelahi UR. PKR ( Nor Nazihah bt Zulkifli ), dia memang sedih gila sebab dia tak boleh masuk acara lari sebab kaki dia injured waktu lompat jauh. Kesian kat dia. Tak lupa juga untuk Form 5 yang lain, kak Alia, kak Wani, kak Nana, kak Farah, kak Tassha, kak Ellia dan kak Zatul.Boy Form 5 tu sori ar sebab aku tak kenal sangat. Yang aku kenal pun, Minun,Din, Pehr, Faridzuan, Syameer, Syazwan, Anas, Pak Kamal dan Shamizan,
( walaupun aku geram gila dengan dia sebab lari main-main). Tapi thank you untuk semua usaha. UR kalah bukan sebab UR ni tak hebat. Sebenarnya, UR kalah sebab ada banyak saingan sangat. UR ni hebat sebenarnya.  Insyaallah, tahun depan adik-adik yang lain akan berusaha menaikkan semula rumah URANUS yang dicintai tu...
Doakan kami semua agar kami dapat mengembalikan kegemilangan UR...
p/s UNTUK FORM 5 UR SEMUA, GOOD LUCK UNTUK EXAM... BAGI DAPAT STRAIGHT     DALAM SPM... aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka semua

No comments:

Post a Comment

1. Jangan guna ayat gedik
2. Janga maki-hamun
3. Terima kasih sebab sudi komen :)