Sunday, 11 March 2012

NO TITLE

Hello my blog,
Hari ni mata aku dah layu sebenarnya. Cuma rindu kat blog telah membawa jari-jemari ni ligat menaip sesuatu padahal tiada apa yang berlegar di ruang mindaku. Tapi, aku mencari idea juga nak taip. Dan aku pun teringat pada impian aku yang baru aku sematkan dalam diri ni beberapa minggu lepas je. Impian aku ialah untuk menjejakkan kaki di sebuah negara yang diberi nama Jerman atau Deutschland. Menurut Herr Anuar 
( Encik Anuar ), seorang atau dua orang akan dipilih ke Jerman pada bulan Julai ini selama sebulan.. Argh..
Aku nak pi.. Bukan senang wo... Flight free.. Semua free.. Kecuali duit poket.. Ish rugi la kalau aku xdapat pi.. Apa guna aku belajar bahasa Jerman selama 4 tahun kalau xboleh pergi.. Ya Allah.. Tolonglah.. Aku nak pergi.. Tpi kalau aku fikir2 balik, layak ke aku ni??? Ada orang lain lagi cekang Jerman daripada aku.. Yang penting bulan 5 ni aku terpilih pergi ke Kem Bahasa Jerman kat Pahang iaitu Temerloh.. Aku xkisah pasal kem tu, sebab yang penting aku nak pergi Jerman.. Dah la pergi time summer.. Betapa seronoknya aku kalau boleh pergi sana.. Huu.... Kalau dah ada dua tempat kosong tu, baik kasi aku pergi dengan **** je.. Haish.. Apa aku mengarut ni.. Tak2.. Cancel.. Aku nak pergi dengan kawan2 sejantina dengan aku lah.. Lagi best.. Wahaha.... Huargh... Aku pun dah mengantuk ni.. Nak pergi usha bilik siapa yang best malam ni nak aku paruk.. Ok lar.. Bye.. Selamat malam... Assalamualaikum..

Thursday, 26 January 2012

MACAM2 HAPPEN..HADOIII

hellow blog,
Sori ar.. Lama xjumpa.. Maklumlah, semenjak dua menjak ni busy sikit. Alang2 dah ada freetime ni, aku pun serbu je ler. First aku nak story dunia aku di Form 4. Memang mencabar la subjek2 baru.. Add math, Bio, segala.. Tapi best ar sebab cikgu2 semua ajar best.. Dah tu Che Mid masuk kelas aku.. Tak sia2 aku pujuk dia minta kat cikgu.. Okey, next is minggu second aku busy dengan persiapan sebab raja muda nak pergi sekolah.. Maklumlah, nak pergi rasmi kelab woodball yang aku baru join... Oh ya... Satu hal lagi aku nak bagitau pada hari Sabtu hari, nenda aku tersayang dah kembali ke Rahmatullah... Memang dalam planning aku pun nakpergi ziarah time Outing hari Ahad.. Tapi, dah takdir aku xsempat jumpa dia. Abang aku pergi ambik aku kat sekolah time aku tengah berlatih lagu Dirgahayu Tuanku kat Bilik Band. Ada Form 5 pergi panggil, dia cakap abang aku mai, emergency..Then, abang aku cakap tok sakit teruk... Aku pun capai apa yang patut kat dorm.. Otw, aku rasa xsedap hati jer.. Tapi time aku call mak aku, dia cakap tok xda.. Aku pun naek hairan.. Bila sampai ja rumah tok, makcik aku tarik aku dengan muka lepas nangis.. Aku ikut la dia.. Tengok2... Innalillah... Memang tok aku dah xda.. Tapi aku redha je larr walaupun agak terkilan sebab xsempat jumpa dia... Sedara-mara aku dari Thai pun membanjiri rumah tok aku.. Malam tu, lepas baca Yassin aku tertidur tepi katil tok aku.. Kadang2 aku terjaga la dengar orang baca Yassin.. Tapi, orang kata, yang pergi tetap pergi, kita yang hidup kena teruskan hidup la kan.. Okey, aku pegang kata2 tu.. 

Okey, seterusnya, aku nak story tentang new experience aku menyertai THAI-MAL Integrated Camp 2011 di Satun, Thailand.. Best giler.... New experience ler... Naik kayak.. Speaking 24 hour.. Yalah.. Dah kawan dengan budak2 Thai.. Xkan la aku nak cakap Melayu atau Siam... Hakhakhak... Best woo.... Hostel pun okey.. Not bad... Makanan??? Hmm.... xayah cakap arh.. Pedas memang cocok dengan aku... Hm.... kat sana memang aku jaga mata sikit kali ni.. Sebab apa? Sebab pujaan hati aku kan ada jugakk... Tu yang syiok tu.. Tapi malas ar nak story pasal dia... Sebab aku nak try simpan semua tentang dia dalam hati ja... Kalau boleh la... Di sini aku isytiharkan, AKU BETUL2 SUKA KAT DIA... Ini ialah pengakuan yang sememangnya mahal.. Bill Gates pun xboley beli punya... Ok larh.. tu ja kut yang aku nak kasi tahu.. Mata dah layu.. Tapi aku masih tough lagi kalau nak stay.. Cuma ketandusan idea sikit kut.. Ek Eh... Correction... Malaih nak taip... Ok.. Minta diri dulu... Wasalam...


Thursday, 22 December 2011

MIMPI YANG DAH SAMPAI KE BINTANG TAPI TURUN KE LANGIT

Hello my world,
Hari ni aku nak kongsi sedikit kegembiraan dan kesedihan yang amat menyakitkan hati aku. Tahu tak apa?
First, aku nak kongsikan berita yang menggembirakan hati. Tahu tak apa? Actually, hari ni aku telah mencatat rekod baru dalam kamus hidup aku iaitu, I got straight dalam PMR.. Wow, so amazing, right? Aku sendiri pun tak expect aku boleh dapat. Yelah, kalau ditengok balik previous resut, memang teruk. Tapi, alhamdulillah lar rezeki aku.. Of course lar aku happy..

Tapi kan, ada satu benda yang aku punya hati luluh. Best friend aku tak dapat straight A. Siapa lagi kalau bukan Faris Faiz dengan Azam Fitri.. Ya Allah.. Kecewanya aku.. Dah la dua2 ni best friend aku.. Especially,Faris Faiz, dia tu dah banyak tolong aku.. Semua subjek dia pernah ajar kat aku. Math, Science, Kemahiran Hidup dan semua larr... Dia juga lar yang selalu bagi au happy dalam kelas. Dengan ceritanya, lawak bengongnya,waa... Macam2... Tapi, jujurnya aku cakap, aku tak dapat sekat air mata aku bila dia ingatkan aku tentang impian dia.. Aku tau impian dia.. Ni first time aku nangis sebab aku terharu akan seorang lelaki yang sedar akan tanggungjawabnya.. ' Dah lar, kalau hang sedih, aku lagi sedih'. Tu ja yang aku mampu kata kat dia bagi dia redha. Sebab apa? Sebab dia kawan aku.. Dan aku sentiasa menyokong semua kawan aku.. Pasal Azam? Agak frust la.. Dia pun salah sorang yang menjadikan hari aku menjadi lebih indah.. Apapun, you all are my friends until forever..

Saturday, 17 December 2011

MIMPI O MIMPI

Blog...
Lupa lar aku nak story pasal mimpi aku time cuti ni.. Sepanjang cuti ni, dah dua kali aku mimpi ****.
Aku mimpi dia asyik tengok aku. Mimpi yang first, time tu aku duduk kat satu event, satu meja dengan Asilah dan Aliah. Tetiba, dia jalan depa aku dan terus pergi sembang mesra degan Shuwai sambil tengok aku. Macam nak kasi aku jealous jer.. Aku pun buat don't know la time tuh.. Pastu dia jalan ke meja aku then, terus duduk depan aku aka tepi Asilah.and bersembang mesra lagi sambil tengok aku macam nak kasi aku jealous jugak. Dalam mimpi tu memang la aku boleh rasa berdebar, tapi aku buat don't know jer.. Aliah pun buat2 sembang dengan aku sambil gelak sebab dia tahu aku jealous. Hishh!!! Pelik betul!!!
Seterusnya, mimpi kedua, aku masuk dalam kelas. Then, aku nampak dia tengah buat homework, aku buat tak tahu jerr... Aku nak duduk kat tempat aku aka tepi Shira, tapi Shira tengah menggunting and buat sampah kat tempat aku. Aku pun suruh Syafiq Jamal bangun sebab aku nak duduk kat tempat belakang aku. Tapi, dia buat bodoh jer.. Aku keluar kelas terus pergi toilet and nangis. Aku pun tak tahu sebab apa aku nangis. Then aku masuk kelas, pastu bagi tahu Shira aku nak duduk. Shira pun kemas2 sikit tempat aku. Pastu Shira bangun and berdiri kat depan. Aku ikut jer dia. Pastu time Shira berdiri kat depan sambil cekak pinggang (aku taktau dia buat apa) aku tengok **** tengah tengok aku. Pergh!!! Aku malu ar.. Pastu terus berdiri belakang Shira.. Huh!!! Apasal mimpi ni huduh sangat arh??? Dah la semua yang dia pandang aku tu sama macam kat stor sukan.. MENYENTAP, TERSENTAP,DISENTAP hati dan jantung ni!!!


- JUST FORGET HIM -
I'M TRYING RIGHT NOW -


SOLAT SUBUH

Hye my blog...
Hari ni aku nak story tentang ****. Mesti orang hairankan, apa kaitan **** dengan SOLAT SUBUH. Actually macam ni, sepanjang cuti ni, aku kan suka online sampai pagi. Lepas sembahyang Subuh baru la aku tidur
( agak kurang senonoh kan? ). Tiba2, satu hari aku teringat nak kacau orang pagi2 Sbuh nni.. Aku pun cari la idea nak buat apa. Last2 aku dah dapat idea, iaitu hantar mesej kat orang suruh bangun Subuh. Tiap2 hari aku hantar mesej kat orang at least 3 orang satu pagi. Tapi aku hantar kat kawan2 aku je lar. Tetiba, suatu  pagi Jumaat aku teringat nak send kat ****. Tapi dah lewat sikit baru dia balas. Selalunya kalau aku hantar kat orang lain diorang bukannya balas pun. Ada sorang dua ja yang balas. Tapi tak apa, lama2 aku jadi ikhlas nak kejut orang.Berbalik pada **** balas mesej aku. Ni text aku dengan di sepanjang hari Jumaat tu...

AKU : Assalamualaiku. Sila bangun solat Subuh wahai sahabat :)
**** :  Ni spe..?   (hampeh tul xkenal aku)

Then, aku tak balas. Time tengah hari pulak!!!

**** :Assalamualaikum. Sila p solat Jumaat, wahai Sahabat ;-)   (giler ke dia ni)
AKU : Waalaikumussalam. Sahabat Muslimin ja kut pi smbhyg Jumaat.
**** : O0o.. ni muslimat la ni..
AKU : Ya ar...
**** : Siapa nma.??
AKU : Nma? Em.. pndai2 la pkir. n pndai2 la teka :B
**** : Mls la nk tka..
AKU : Ow..xpa. ni btul azam kan?
**** : Fitri
AKU : Ow..xpa ar. ni kwn nma Ajmal yg bg nmbe ni. :) jgn marah!
**** : Hng tkaq 6ber bru r..
AKU : sapa?
**** : Ni spa anis ajmal ka..
AKU : bkn la. tp anis yg bg nmbe  ni sruh msj.
**** : O0o.. ni julia kn
AKU : x. irdina
**** : Cuish.. xpala nk slat dlu..

Tamatlah conversation antara aku dan dia.. Lawak ar.. Ingat aku pandai sangat ka mesej2 ni.. Tak suka lar aku mesej2 ni... Orang lain boleh la asyik berkepit dengan handphone.. Kalau aku, badan dan jasad ada di Alor Setar pun aku tak kesah nak tinggal handphone kat rumah.. Wlaupun aku mesej dengan dia, tapi tak ada lar tahap nak always usha2 inbox tunggu mesej dia.. Tak berharap pun dia text aku.. Haritu aku text dengan dia panjang2 pun sebab nak kasi dia tahu tu nombor aku..Kalau tak, jangan harap aku nak text dia. Buang kredit jer.. Celcom ke Maxis!!! Tpi bila difikir2kan, memang betul la kata beberapa orang kawan aku yang cakap kalau dapat **** memang diorang tabik spring.. Tapi bukannya aku nak dapatkan dia pun.. Yer tak?? Of course la tak nak.. Tapi serius la, aku masih muda la kalau nak bercintan-cintun ni.. Nantilah.. Kalau aku tak jumpa orang lain, bila besar nanti aku drive BMW pergi cari dia kat Penang. Biar aku je yang lamar dia.. Huahuahua... Memang giler taek kentut la kalau aku pergi lamar dia... Huahuahua...

Saturday, 10 December 2011

RINDU SAMA DIA

Hye blog,
Based on the title, mesti engkau dah tahu kan apa entry aq klau ni? Sapa lagi kalau bukan ****.. Hah walaupun aku baru je habis gaduh. Tapi aku tak nak la bagitahu siapakah gerangan yang aku bergaduh tadi. Buat sakit hati je. Tapi memang aku bersyukurlah sebab Allah memberi ketenangan masa aku gaduh tadi. Walaupun agak marah, tapi nasib baik aku mampu kawal setiap perkataan yang keluar dari mulut aku walaupun aku agak terkenal dengan kepedasan bait2 yang dikeluarkan. Tapi last2 aku malas nak gaduh, aku terus duk diam jer. Dalam keadaan yang panas hati, aku pun buka la profile dia (****), sebab aku tahu, tu ja cara aku nak calm down. Memang berkesan pun cara ni. Terus tenang ja hati aku. Dan tiba2 kenangan yang sweet tu lintas je kat kepala hotak aku. Waaa!!! Memang brilliance ar. Tau tak kenangan bila? Ar... Mesti tak tahu kan? Sebab aku tak pernah story pasal tu pun. Actually, sweet moment aku dengan dia yang ke berapa aku tak ingat  ialah time Malis Penutupan Post-PMR tanggal 17 November 2011, malam Jumaat..
Of course la aku ingat..Tau tak apa? Aku tangkap gambar degan dia beb.. Wahhh!!! Aku tak bajet langsung dia nak. Tapi thanks a lot la to Majura dan Shafina yang sudi try lamar dia untuk bergambar dengan aku. Tapi aku tak kasi diorang bagitahu **** yang aku nak bergambar dengan dia.. Tak tahulah apa yang dicakap oleh dua orang kawan aku ni.. Bukan nak bohong la.. Malam tu aku rasa macam nak senyum ja... Kawan2 aku cakap aku dah gila malam tu.. Nak tengok tak gambar kami dua. Boleh.. Tapi gelap sikit sebab tempatnya tak ada pencahayan yang bagus. Bukan apa.. Malu ar nak pergi tangap kat tepat2 yang cerahh.... Dah tu time kami tengah diambil gambar, ada lar aku terdengar beberapa suara jerit " Wo... Macha!!!" Owh... Bertapa malunya aku time tu.. Then, aku terfikir jugak.. Kalau dia tu MACHA, aku ni apa? MINACHI? Tolong la... CAri yang cantik sikit...Tapi aku syok.. Owh.. lupa pula nak tunjuk gambar tu..

TADA......


ADA LAGI LA...


Walaupun agak frust dengan hasil gambar ni... Aku tetap happy sebab ada juga kenangan dengan dia.. Kalu boleh, aku nak sepahkan nama dia kat semua tempat.. Bukan setakat blog ni je..Tapi seluruh dunia...Hahaha... Gila dah aku ni....Tapi seronok ar pada keesokkan harinya... Aku saja nak buat trick.. Aku tanya la CheMid nak balik rumah pukul berapa? Pastu CheMid pun jawab, waktu petang. Pastu aku tanya lar dia pula.. Pastu dia cakap lepas sembahyang Jumaat, pastu aku tanya la Badut.. Tetiba dia yang jawab.. Perasan... Hahaha.... Sukanya aku kenakan dia... Bila dia terperasan yang dia termalu sendri, dia tengok aku macam dia tengok aku masa aku lalu depan stor sukan... Tapi tak la se'power' itu... Tapi pandangan time kat stor sukan tu memang pandangan yang 'menyentap' hati larr.... Serius tak bohong.. Ikhlas aku cakap.. Dan ikhlas aku rasa aku dah ubah niat terhadap dia.. Dulu, niat aku saja syok2 nak kacau... Tapi sekarang, NO KOMEN...Ahhaa.... Serius cuti ni aku teringat kenangan terindah dengan dia.. Dan... Selalu usha profile fb dia... Yelahh...kalau kat sekolah boleh la aku usha dia...

Saturday, 19 November 2011

ALL ABOUT POST-PMR

Hye blog....

Today aku nak story pasal sekolah dan perkara2 yang aku dan kawan2 aku buat setelah PMR hanyut jauh dari kami semua... Tapi kalau nak story semua sampai 20/12/2012 pun tak habis.. So, aku story la apa yang patut..
Dan sambil tu aku selitkan memori si 'dia'... Hehehe.... Memang banyak la aktiviti...
Contohnya RnD, pastu buat roket... Lukis banner... Solar car, Solar cooking... Dan macam2 jenis kem...
Kem yang first sekali ialah kem anak soleh kat Yan, Kedah.. Kem yang memberi banyak pengisian dalam diri... Best.. 4 hari 3 malam...Berbaloi... Dah tu sambut birthday org yang bulan 10... Akulah tu...


Bersama kak2 dan abang2 fasilitator


RnD pula ada buat lawan kat sekolah.. Tiga jenis pertandingan...
1. buat Tower
2. buat Bridge
3. buat Car

Aku group dengan Jibek dan Chucky... Buat car guna polistrine, lidi, penutup botol, belon dan straw...
Memang best ar... Dah la Chucky tu geliga punya pala hotak... waktu malam tu perancangan semua dah dibuat.. Pada keesokkan paginya, kami semua pergi buat passport nak pergi Thai-Mal punya program.. Pagi tu la juga aku ambil kesempatan untuk cakap dengan mak Azam... Berjaya... Okay... Sambung balik...
Waktu petang pun pertandingan dijalankan... Kumpulan aku memang dah hilang keyakinan untuk menang...
Group member aku dah give up... So, diorang bagi aku yang pergi present kat depan.. Aku pun pergi lahhh dengan harapan yang punah... Masa aku hembus ja belon tu.. Dupdapdupdap... Maklumlah... Punyalah ramai orang nak tengok... Aku pun letak la atas laluan dia...Tiba2... Kereta tu meluncur dengan lajunya dan aku mendapat sorakkan...Hahahaha.... Best nya.... Cikgu Yusri selaku juri cakap " Laju ni... Ada harapan nak  menang." Aku pun pergi bagitahu kat group member aku yang lain.. Diorang kembali happy...
Kebetulan masa tu Azam ada... Dia tanya aku yang mana satu kereta aku, aku pun tunjuklah... Pastu aku tanya lah dia group dia buat apa ( padahal aku tau dahh) dia cakap buat bridge.. Pastu dia bawa aku tunjuk dia punya bridge... Aku tengok, then aku gelak puas...Sambil tanya.. " Ni bridge ke? " Pastu dia tengok aku and senyum....Aduhai hensemnya....

Ni plan kami...


Semua orang nak tengok

Akhirnya, kamilah juara...


Lagi... Ow..ya... Kami semua pergi Pangkor... Best giler... Rileks tahap ntah... Walaupun hujan lebat pada malam pertama... Tapi still best... GIler betul ribut kuat giler sampai khemah pun basah... Girl semua tidur dalam dewan while boy still tidur dalam khemah... Dahtu tempat girl tidur la jugs jadi tempat buat akttiviti and tempat boy and girl sembahyang.. Laeak betul... Haish... Best sebab kami semua banyak lepak kat tepi pantai...